Kampung Morten..Perkampungan Ditengah-tengah Bandar

DSC05732 300x225 Kampung Morten..Perkampungan Ditengah tengah Bandar
Jika di Kuala Lumpur kita ada Kampung Melayu yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur tidak kurang nya juga di Melaka yang juga mempunyai kampung ditengah-tengah pusat bandar..Kampung itu adalah Perkampungan Morten..Perkampungan ini yang dulunya agak suram tetapi masih banyak mengekalkan reka bentuk rumah dan barang-barang unik..Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Kampung Morten telah mendapat nafas baru apabila ianya menjadi salah satu aset kerajaan Negeri Melaka..Kedudukannya strategik bersebelahan dengan sungai yang menjadi laluan bot cruise telah mengubah serba sedikit perkampungan ini menjadi lebih tersusun dan meriah..Pada waktu sekarang,sebelah malamnya keadaan perkampungan ini penuh dengan lampu-lampu bagi menaikkan seri perkampungan ini secara tidak lansung dapat menarik perhatian pengunjung-pungunjung yang menaiki bot cruise..
Pengenalan
  • Satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.
  • Dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih menagamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
  • Perkampungan ini wujud dr tahun 1920-an lagi dgn pengasasnya adalah Dato Demang,dan diberikan nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British diMelaka dahulu yg telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dr Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British.
  • Kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka
  • Dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.
Lokasi
  • Berhadapan dengan sungai Melaka
  • Berdekatan dengan eye on Melaka
  • Bersebelahan dengan Plaza Hang Tuah
Aktiviti
  • Banyak barang-barang antik yang dikekalkan dari zaman dulu
  • Rumah yang terbina masih mengekalkan reka bentuk rumah melayu Melaka lama.
  • Terdapat juga home stay
Waktu Dan Bayaran
  • Untuk melawat kawasan perkampungan Morten tiada bayaran
30Nov2010NadiaMelaka 070 Kampung Morten..Perkampungan Ditengah tengah Bandar
                           PANDANGAN DARI ATAS
DSC 2442 Kampung Morten..Perkampungan Ditengah tengah Bandar                       REKA BENTUK RUMAH MELAYU MELAKA
DSC05722 300x225 Kampung Morten..Perkampungan Ditengah tengah Bandar
                           HOME STAY YANG TERDAPAT DISINI
H 754 Kampung Morten..Perkampungan Ditengah tengah Bandar
                           ANTARA BARANGAN ANTIK
Km4 Kampung Morten..Perkampungan Ditengah tengah Bandar
                                KEADAAN RUMAH PADA WAKTU MALAM
@melakadaily.com

No comments:

Post a Comment